Assalamualaikum wbt..
Najib nak pegi Mekah tunaikan Haji?..Biar betul..Kalau betul dia nak kerjakan ibadah haji yang menjadi satu kewajipan kepada individu muslim yang berkemampuan, Alhamdulillah. dan diharap hasrat beliau nak kerjakan haji bersama dengan isteri kesayangan bukanlah disebabkan faktor lain selain dari kewajipan sebagai umat islam.
Dikhabarkan beliau dijadualkan pulang dari Mekah sekitar 6 November dengan pesawat khas. Kalaulah ibadah haji beliau bersama dengan isteri adalah agenda politik yang ingin mengubah persepsi buruk rakyat ke atas beliau dan isteri, memang la sangat keji dua orang makhluk tuhan ni. Janganlah kita berasa hairan sekiranya Aidiladha kali ini kita disajikan di televisyen dengan tayangan-tayangan beliau bersama isteri mengerjakan ibadah haji.
Khabar angin juga ada mengatakan, sebaik sahaja beliau pulang dari Mekah, tarikh keramat 11.11.11 akan disitiharkan bubar parlimen setelah persepsi buruk rakyat terhadap beliau positif bila melihat Haji Najib bersama Hajjah Rosmah pulang dari mengerjakan Haji. 10 Disember pula akan diisytiharkan sebagai hari mengundi yang jatuh pada hari sabtu.
Apapun bersangka baiklah dengan beliau. Semoga pulang sahaja beliau dan isteri ke tanah air, Allah tiupkan Hidayah dan mengubah segala dasar-dasar kerajaan kepada dasar-dasar islam. Menjadikan Al-quran dan as-sunnah sebagai perlembagaan Malaysia. Time tu BN menang pon xpe..Time tu jugak rosmah dah pakai tudung dan najib dah pakai serban ke mana-mana..

Amin..moga mendapat Hidayah ALLAH..
ReplyDelete