Assalamualaikum wbt
'Ala kulli hal..
Mulakan penulisan kali ni dengan satu kisah yang bakal meragut hati pembaca untuk menitiskan air mata. Kisah ni berlaku pada seorang hamba Allah dikala otaknya sedang serabut. Pada suatu senja, hamba Allah ini berhasrat untuk pergi solat maghrib berjemaah di masjid. kesibukan yang melampau menyebabkan hamba Allah ini bersiap dalam keadaan yang kelang kabut sehinggakan terlupa untuk memakai deadoren. Kekelangkabutan jejaka ini ditambah pula dengan pencarian kunci motor yang sepatutnya berada diatas meja. Akhirnya kunci tersebut dapat ditemui di dalam peti ais. Ntah macam mana kunci motor boleh berada di dalam peti ais. Mungkin pada kunci tersebut terdapat sekali kunci peti ais. Azan di masjid sudah berlalu hampir 6 minit, kopiah pula hilang. Puas mencari. Di almari, atas meja, dalam beg sandang termasuk juga dalam peti ais masih tidak jumpa menyebabkan jejaka itu terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke masjid. Selesai hampir 15 minit misi pencarian kopiah, akhirnya terjumpa. Jumpa di atas kepala. Rupanya sudah lama kopiah itu berada di atas kepala. Itulah kisah lelaki serabut.
Apa yang boleh disimpulkan dari kisah ini adalah serabut itu mampu untuk memporak perandakan hidup manusia. Serabut juga mampu menyebabkan sesuatu perkara itu terbatal akibat darinya. Serabut juga mampu untuk menyebabkan seseorang itu explore lebih dari yang biasa (explore dalam peti ais). Serabut juga mampu untuk menjadikan seseorang itu lebih fokus dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Dan yang paling penting adalah serabut itu mampu untuk mentarbiyah diri. Jom kita jadi si serabut.
Kisah serabut aku banyak diterjemahkan pada handphone. Handphone yang merupakan nyawa kedua bagi aku. Kadang kala, nyawa kedua ku itu tidak bersama kerana aku seorang yang serabut yang sedang mentarbiyah diri.
Kes 1
Gambarajah di bawah menunjukkan Handphone yang terlibat dalam kes 1. Puas aku mencari kau di mana. Kejadian ketika sedang menyidai kain di ampaian bersebelahan dengan kereta kawan. Selesai menyidai, aku mencari rupanya terselit di celah bonet kereta kawan dan aku terjumpa selepas kawan aku pulang dari pekan naik kerata tersebut. nasib baik ada lagi.
Kes 2
Gambarajah di bawah menunjukkan Handphone yang terlibat dalam kes 2. Puas aku mencari kau di mana. Kejadian berlaku ketika pulang ke Batu pahat dari program di KUISM, gombak. Sampai di Ayer Keroh baru perasan dimanakah handphone aku. Try call, tak angkat tapi ada bunyi yang menunjukkan ianya bukan di tangan pencuri. Cuba dan cuba akhirnya diangkat dan kedengaran suara perempuan. Sangat terkejut dan macam kenal je suara ni. "Ustazah Nuridah(mantan ketua muslimat pas pusat) ni. Nanti datang KL boleh ambil handphone ye"
Kes 3
Gambarajah di bawah menunjukkan Handphone yang terlibat dalam kes 3. Puas aku mencari kau di mana. Kejadian berlaku selepas solat isyak di masjid. Puas cari di mana letaknya. Aku yakin tidak tertinggal di masjid sebab ada dapat call masa solat sunat ba'diah. Semalaman mencari sehingga tertidur keletihan menyebabkan pada malam tu tak ada kerja yang jalan walaupun kerja menimpa-nimpa. Esok pagi selepas selesai solat subuh dimasjid, bersembang dengan imam masjid dan dia kata ada terjumpa handphone. Rupa-rupanya kepunyaan jejaka serabut.
Serabut yang dikatakan tarbiyah itu adalah serabut yang mendidik jiwa. Serabut yang dikatakan tarbiyah itu juga adalah serabut yang sentiasa diperbaiki. Serabut mampu menyebabkan seseorang itu lebih fokus apabila melakukan sesuatu kerja. Serabut juga merupakan proses tarbiyah dimana proses yang mampu menganjakkan seseorang untuk berubah ke kondisi yang lebih baik. Namun, serabut juga mampu mengahcurkan diri sekiranya sudut pandang ke atas serabut itu dianggap sangat negatif. Tapi sejauh mana anda melihat serabut itu mampu mentarbiyah diri.
Amalan untuk Sang Serabut
1. Banyak zikirullah.
2. Jumpa doa ni kat internet
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad
Semoga serabut mampu untuk mentarbiyah Sang Serabut
Monday, 5 December 2011
Saturday, 26 November 2011
Salam 1433 Hijrah
Biamilla Arrahman Arrahim
Ya Allah, Engkaulah tuhan sekelian alam. Rahmat keatas Rasulallah dan keluarga baginda. Engkaulah tuhan yang kekal selamnya. Tiba sudah tahun baru. Aku memohon pada Mu Ya Allah. Semoga terpelihara dari tipu daya syaitan. Aku juga memohon pertolongan Mu untuk mengalahkan tuntutan nafsu. Aku juga memohon Engkau lahirkan rasa sedia untuk berkhidmat untuk Mu Ya Allah dan medampingkan diri ini pada Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik mengurniakan rahmat .
Semoga key performance index (kpi) yang akan aku buat pada tahun ini lebih realistik. Kalau tengok KPI yang aku tetapkan untuk tahun lepas sangat tidak realistik dan sangat menampakkan seperti seorang yang ingin menangkap pelangi menaiki beca (apa punye peribahasa daa).
Bila bercerita mengenai Hijrah, pastinya semua orang akan mendefinasikan ianya suatu perubahan atau perpindahan samada perubahan suatu perkara, perpindahan ke suatu tempat atau perkara-perkara yang melibatkan pertukaran suasana yang berbeza.
Tapi ianya bukanlah sekadar berubah, ianya juga perlu kepada istiqamah (berterusan). Nak lakukan perubahan mungkin suatu perkara yang mudah. Namun untuk berterusan dalam perubahan atau berterusan terhadap apa yang diubah bukan semua orang mampu untuk buat.
Istiqamah memerlukan mujahadah (kesungguhan) yang tinggi kerana manusia diciptakan bernafsu dan manusia diciptakan sebagai Annisyan. Manusia itu sendiri membawa maksud "si pelupa". Boleh rujuk surah An-Nas. Oleh itu, sebagai manusia yang sering lupa bahawa tujuan penciptaannya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah perlulah mentarbiyah diri untuk menjadi An-nisyan yang tidak pelupa.
Jom muhasabah tahun ini.
Alhamdulillah, berpuas hati untuk tahun ini walaupun kpi tak tercapai. Walaupun nampak sedikit serabut. Tapi tak ape, "serabut itu tarbiyah".
Paling syok sekali waktu ramadhan lepas. Rasa tak sabar untuk ke ramadhan akan datang. Semoga apa yang aku sumbangkan untuk pakcik makcik kat tempat aku Allah terima sebagai amal ibadat. Tak perlu nak cerita nanti riya'. Sebab orang dah kenal ni blog aku..Haha.
Cuti empat bulan lepas sempat jugak 7 minggu buat usrah remaja di kawasan tempat tinggal dibantu beberapa orang sahabat. Walaupun program tiada perancangan yang detail, alhamdulillah berlaku dengan sangat lancar. Isnin sampai sabtu Latihan Industri. Usrah remaja hari ahad dari jam 8 sampai 12 tengahari dan hampir setiap malam lepas balik kerja jam 8 pm, pergi bantu kawasan Perang. Walaupun tak ade rehat dan nampak serabut, tapi sangat seronok kerana "serabut itu tarbiyah".
Aku boleh labelkan empat bulan cuti lepas sebagai "practical of tarbiyah". Mampu ke untuk kita cari saham akhirat walaupun sibuk dengan urusan dunia.
Aku yang hina ini Ya Allah,
Memohon pada mu ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan ku,
Kurangkanlah serabut ku,
Tenangkanlah hati ini,
Manfaatkan diri ini.
Cabutlah nyawa ku seandainya tiada lagi manfaat aku untuk orang lain.
ALLAHUMMA YASSIR WALA TUASSIR
Saturday, 12 November 2011
Nak Cari Personal Manager
Assalamualaikum Wbt..
Raya haji seminggu dah lepas. Rasanya tak terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh ummat nabi muhammad terutamanya kepada semua insan yang bernama Adha. Jom kita hayati pengorbanan yang dibuat oleh para anbiya dalam melaksanakan tuntutan Allah swt.
Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dakwah kita yang tak perlu setitik pertumphan darah dengan pengorbanan para anbiya, memang jauh sekali. Dakwah rasulallah memerlukan mereka untuk angkat senjata tapi kita tak perlu pun. Hanya perlu dengan sedikit kata-kata dan mungkin sedikit tenaga.
Dalam surah yasin ada menceritakan tiga orang rasul yang hanya mampu menarik seorang sahaja beriman kepada Allah. Bagaimana dengan kita? Pernah satu ketika sewaktu aku semangat sangat untuk hidupkan surau area perumahan aku tinggal. Bila azan zohor atau asar, tak langsung orang datang. Yang datang hanya budak-budak yang kencingnya pun mak basuhkan. Semangat tu datang hanya lebih kurang dua minggu je sebab bila azan je tak de orang nak bantu imarahkan surau tu..Lemahnya iman kita. Jom muhasabah balik.
Sekarang ni baru je balik dari Multaqa Pendakwah. Semangat memang tengah berkoba-koba. Bila semangat berkoba-koba semua benda nak buat serentak. Bila semua benda nak buat serentak, wujudlah satu sifat isti'jal (gopoh) seperti yang dijelaskan dalam buku Wabak Sepanjang Jalan karangan Dr Al-syed Muhammad Noh. Bila dah gopoh mula la tak cukup masa. Bila tak cukup masa tu yang kene cari Personal manager tu..heheh..
Kalau tengok dua tahun kebelakangan ni hidup memang tak terurus. Kalau dulu rajin sapu rumah, kemas rumah. Tapi sekarang dah tak sempat. Kalau dulu tidur sehari 10 ke 13 jam. tapi sekarang kadang tu sehari 3 jam je tido. Kalau dulu boring-boring ajak la siape-siape ngeteh. Tapi sekarang nak ngeteh pun kene buat appoinment. Kalau dulu bilik aku paling kemas, paling rajin basuh baju, paling rajin pegi dapur. tapi sekarang rajin aku tu semua dah beralih ke lain. Haa, ni paling sedih. Kalau dulu aku la yang paling rajin bawa mak aku pegi jalan-jalan. Tapi sekarang mak aku jalan-jalan sorang-sorang je. Tapi takpe. Aku seronok dengan aku yang sekarang. Semoga pengorbanan aku Allah redha dan dapat sikit saham kepada sesiapa yang rasa dirinya terkorban disebabkan aku. Amek pahala aku pun takpe.
Inilah kehidupan yang sebenar. Dunia yang dikendong tak tercicir. Akhirat yang dikejar pasti akan dapat InsyaAllah. Bila kita tengok dunia ni pada dimensi akhirat. Sangat kecilnya dunia. Luasnya akhirat yang mesti kita kejar.
Jom kita latih diri kita untuk jadi sebaik-baik korban. berkorban untuk islam, berkorban dengan manusia semata-mata untuk dapat islam. Latih diri untuk jadi susah, latih diri untuk jadi kental dan latih diri untuk tidak bersenang lenang.
Aku teringat kisah sedih bapa aku macam mane dia besarkan anak-anaknya. pengorbanan yang sangat besar sekali aku nampak waktu diakhir usianya. Waktu tu umur aku 13 tahun. Aku boleh sifatkan sebagai tahun kesedihan macam Rasulallah saw yang ada jugak tahun dukacita.
Kesempitan wang memang sangat terase. Terpaksa bayar yuran sekolah aku RM340/month, abg yang berada last year UTM, seorang kakak last year Al-Azhar dan seorang kagi dalam persiapan nak ke Jepun. Ditambah pula dengan motor hilang, mesin basuhb rosak dan macam-macam. Tapi raut wajahnya rilex je dan tak pernah kata tak ade duet setiap kali sape-sape minta. Rupanya itulah tahun terakhir dia berkorban untuk anak-anaknya dan mak aku. dua tiga hari sebelum tamat hayatnya, dia terpaksa balik kerja menolak motor sebab dalam poket dah tak ada sen langsung. Tak pernah sikit pun rasa hidup senang. Semoga aku boleh mencontohinya.
Nak jadi suami yang betul-betul bertanggungjawab sebagai suami perlu dibantu oleh isteri yang betul-betul bertanggungjawab sebagai isteri. Semoga aku dikurniakan seorang Personal Manager yang solehah. InsyaAllah..
siru ala barakatillah

Sunday, 30 October 2011
Elbert Enstein Pakai Kopiah
Assalamualaikum wbt..
Dah nak tido tetibe teringat plak dekat pakcik yang unik ni. Aku jumpe pak cik ni dekat pasar ahad stadium shah alam. Tapi gambar ni aku amek dah petang-petang sikit dekat perkarangan stadium melawati. Dia masih leka dengan kerja dia tanpa hiraukan apa orang lain cakap.
Agak-agak apa la kerja pakcik ni sampai dia mengaku sebagai profesor fizik lebih hebat dari enstain. Kalau tengok sekali imbas, memang rasa dah tak nak tengok untuk kali kedua. Tapi sapa-sapa yang hati nurani dia nak toleh dan tengok apa pakcik ni buat memang dia bertuah.
Apa yang sebenarnya pakcik ni buat adalah ajar matematik mudah untuk anak-anak sekolah. Kaedah mudah untuk kira matematik. Terpegun tengok apa yang cuba pakcik ni ajar. Tapi aku terpegun lagi tengok usaha pakcik ni. Kalau tengok dia ajar bukan main semangat lagi.
Kita tak tahu pun apa background pakcik ni. Apa yang menyebabkan pakcik ni betul-betul gigih untuk cari rezeki dengan cara yang orang tak pernah pun buat. Mungkin anaknya yang ramai dia sanggup buat begini. Mungkin juga rasa tanggungjawab keatas anak bangsa. Beribu-ribu kemungkinan yang terlintas. Namun, hanya pakcik ni sahaja yang tahu kenapa.
Aku teringat kegigihan bapa aku nak bagi duet belanja kat 5 orang anaknya. Aku jugak nampak rasa tanggungjawab bapa aku terhadap anakbangsanya. Yang ni aku cerita kemudian. Nak cakap kat sini, bila kita ada rasa tanggungjawab, kita akan buat apa sahaja untuk kita langsaikan tanggungjawab tersebut. Setiap kita adalah pemimpin dan setiap apa yang kita pimpin dan setiap apa yang kita pertanggungjawabkan pasti akan disoal kelak..
Nak tidur..rasa macam dah lama tak tidur..:)

Tuesday, 25 October 2011
Najib Kerjakan Ibadah Haji
Assalamualaikum wbt..
Najib nak pegi Mekah tunaikan Haji?..Biar betul..Kalau betul dia nak kerjakan ibadah haji yang menjadi satu kewajipan kepada individu muslim yang berkemampuan, Alhamdulillah. dan diharap hasrat beliau nak kerjakan haji bersama dengan isteri kesayangan bukanlah disebabkan faktor lain selain dari kewajipan sebagai umat islam.
Dikhabarkan beliau dijadualkan pulang dari Mekah sekitar 6 November dengan pesawat khas. Kalaulah ibadah haji beliau bersama dengan isteri adalah agenda politik yang ingin mengubah persepsi buruk rakyat ke atas beliau dan isteri, memang la sangat keji dua orang makhluk tuhan ni. Janganlah kita berasa hairan sekiranya Aidiladha kali ini kita disajikan di televisyen dengan tayangan-tayangan beliau bersama isteri mengerjakan ibadah haji.
Khabar angin juga ada mengatakan, sebaik sahaja beliau pulang dari Mekah, tarikh keramat 11.11.11 akan disitiharkan bubar parlimen setelah persepsi buruk rakyat terhadap beliau positif bila melihat Haji Najib bersama Hajjah Rosmah pulang dari mengerjakan Haji. 10 Disember pula akan diisytiharkan sebagai hari mengundi yang jatuh pada hari sabtu.
Apapun bersangka baiklah dengan beliau. Semoga pulang sahaja beliau dan isteri ke tanah air, Allah tiupkan Hidayah dan mengubah segala dasar-dasar kerajaan kepada dasar-dasar islam. Menjadikan Al-quran dan as-sunnah sebagai perlembagaan Malaysia. Time tu BN menang pon xpe..Time tu jugak rosmah dah pakai tudung dan najib dah pakai serban ke mana-mana..

Monday, 24 October 2011
Bebas Merpati Putih
Assalamualaikum wbt..
Aku mulakan contengan aku untuk entri pertama ni dengan
NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.
Fuhh!!!.. Akhirnya, teregister jugak hasrat aku untuk wujudkan blog setelah banyak bengkel penulisan yang tak sengaja untuk datang telah aku datang. Jadi dari situ datanglah minat nak menulis. Sebenarnya minat tu dah lame dah ada cuma semangat untuk hasilkannya tu tak ada. Jadi aku bersyukur kepada Allah swt yang takdirkan aku dengan benda-benda yang ada banyak kaitan dengan bidang penulisan. Banyak sangat kebetulan yang Allah takdirkan untuk aku.
Untuk entri yang pertama ni tak de benda yang nak dikongsikan. Cuma nak panas badan je dan nak testing keyboard. Selain ucapan syukur kepada Allah, aku nak ucapkan juga terima kasih kat orang-orang (ramai) yang selalu mendesak aku untuk hasilkan blog. Semoga benda baik yang aku sampai kat dalam blog ni, orang-orang tu pun dapat pahala.
Antara syarat-syarat yang aku wajib ikut untuk contengan dalam blog ni adalah :-
1- Menjunjung Al-quran dan As-sunnah sebagai sumber utama
2- Sumber-sumber yang dirujuk jugak mesti daripada orang-orang yang boleh pakai
3- Update paling keji pun dua minggu sekali.
4- Waktu update adalah atas jam 12.00 tgh malam
4- Jangan puji diri sendiri dan nak bangga-bangga diri. kalau nak jugak kena cakap "dengan izin".
5- Jangan kutuk orang terutamanya saudara najib. Kalau terlepas, dimaafkan.
6- Syarat-syarat di atas akan sentiasa diupdate mengikut kesesuain suasana semasa.
Kalau sebelum ni, aku ade juga sikit-sikit menulis. Tapi penulisan tu menyebabkan aku tak bebas untuk menulis sebab mewakili suara ramai. Untuk blog ni aku bebas nak berpersepsi selagi tak melanggar syarat-syarat kat atas..kah kah kah (dah mcm Hisamudin Rais la plak). Apapun, sampaikanlah walau sepotong ayat..

Subscribe to:
Comments (Atom)