Ya Allah, Engkaulah tuhan sekelian alam. Rahmat keatas Rasulallah dan keluarga baginda. Engkaulah tuhan yang kekal selamnya. Tiba sudah tahun baru. Aku memohon pada Mu Ya Allah. Semoga terpelihara dari tipu daya syaitan. Aku juga memohon pertolongan Mu untuk mengalahkan tuntutan nafsu. Aku juga memohon Engkau lahirkan rasa sedia untuk berkhidmat untuk Mu Ya Allah dan medampingkan diri ini pada Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik mengurniakan rahmat .
Semoga key performance index (kpi) yang akan aku buat pada tahun ini lebih realistik. Kalau tengok KPI yang aku tetapkan untuk tahun lepas sangat tidak realistik dan sangat menampakkan seperti seorang yang ingin menangkap pelangi menaiki beca (apa punye peribahasa daa).
Bila bercerita mengenai Hijrah, pastinya semua orang akan mendefinasikan ianya suatu perubahan atau perpindahan samada perubahan suatu perkara, perpindahan ke suatu tempat atau perkara-perkara yang melibatkan pertukaran suasana yang berbeza.
Tapi ianya bukanlah sekadar berubah, ianya juga perlu kepada istiqamah (berterusan). Nak lakukan perubahan mungkin suatu perkara yang mudah. Namun untuk berterusan dalam perubahan atau berterusan terhadap apa yang diubah bukan semua orang mampu untuk buat.
Istiqamah memerlukan mujahadah (kesungguhan) yang tinggi kerana manusia diciptakan bernafsu dan manusia diciptakan sebagai Annisyan. Manusia itu sendiri membawa maksud "si pelupa". Boleh rujuk surah An-Nas. Oleh itu, sebagai manusia yang sering lupa bahawa tujuan penciptaannya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah perlulah mentarbiyah diri untuk menjadi An-nisyan yang tidak pelupa.
Jom muhasabah tahun ini.
Alhamdulillah, berpuas hati untuk tahun ini walaupun kpi tak tercapai. Walaupun nampak sedikit serabut. Tapi tak ape, "serabut itu tarbiyah".
Paling syok sekali waktu ramadhan lepas. Rasa tak sabar untuk ke ramadhan akan datang. Semoga apa yang aku sumbangkan untuk pakcik makcik kat tempat aku Allah terima sebagai amal ibadat. Tak perlu nak cerita nanti riya'. Sebab orang dah kenal ni blog aku..Haha.
Cuti empat bulan lepas sempat jugak 7 minggu buat usrah remaja di kawasan tempat tinggal dibantu beberapa orang sahabat. Walaupun program tiada perancangan yang detail, alhamdulillah berlaku dengan sangat lancar. Isnin sampai sabtu Latihan Industri. Usrah remaja hari ahad dari jam 8 sampai 12 tengahari dan hampir setiap malam lepas balik kerja jam 8 pm, pergi bantu kawasan Perang. Walaupun tak ade rehat dan nampak serabut, tapi sangat seronok kerana "serabut itu tarbiyah".
Aku boleh labelkan empat bulan cuti lepas sebagai "practical of tarbiyah". Mampu ke untuk kita cari saham akhirat walaupun sibuk dengan urusan dunia.
Aku yang hina ini Ya Allah,
Memohon pada mu ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan ku,
Kurangkanlah serabut ku,
Tenangkanlah hati ini,
Manfaatkan diri ini.
Cabutlah nyawa ku seandainya tiada lagi manfaat aku untuk orang lain.
ALLAHUMMA YASSIR WALA TUASSIR

