Saturday, 12 November 2011

Nak Cari Personal Manager

Assalamualaikum Wbt..

Raya haji seminggu dah lepas. Rasanya tak terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh ummat nabi muhammad terutamanya kepada semua insan yang bernama Adha. Jom kita hayati pengorbanan yang dibuat oleh para anbiya dalam melaksanakan tuntutan Allah swt.


Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dakwah kita yang tak perlu setitik pertumphan darah dengan pengorbanan para anbiya, memang jauh sekali. Dakwah rasulallah memerlukan mereka untuk angkat senjata tapi kita tak perlu pun. Hanya perlu dengan sedikit kata-kata dan mungkin sedikit tenaga.

Dalam surah yasin ada menceritakan tiga orang rasul yang hanya mampu menarik seorang sahaja beriman kepada Allah. Bagaimana dengan kita? Pernah satu ketika sewaktu aku semangat sangat untuk hidupkan surau area perumahan aku tinggal. Bila azan zohor atau asar, tak langsung orang datang. Yang datang hanya budak-budak yang kencingnya pun mak basuhkan. Semangat tu datang hanya lebih kurang dua minggu je sebab bila azan je tak de orang nak bantu imarahkan surau tu..Lemahnya iman kita. Jom muhasabah balik.

Sekarang ni baru je balik dari Multaqa Pendakwah. Semangat memang tengah berkoba-koba. Bila semangat berkoba-koba semua benda nak buat serentak. Bila semua benda nak buat serentak, wujudlah satu sifat isti'jal (gopoh) seperti yang dijelaskan dalam buku Wabak Sepanjang Jalan karangan Dr Al-syed Muhammad Noh. Bila dah gopoh mula la tak cukup masa. Bila tak cukup masa tu yang kene cari Personal manager tu..heheh..

Kalau tengok dua tahun kebelakangan ni hidup memang tak terurus. Kalau dulu rajin sapu rumah, kemas rumah. Tapi sekarang dah tak sempat. Kalau dulu tidur sehari 10 ke 13 jam. tapi sekarang kadang tu sehari 3 jam je tido. Kalau dulu boring-boring ajak la siape-siape ngeteh. Tapi sekarang nak ngeteh pun kene buat appoinment. Kalau dulu bilik aku paling kemas, paling rajin basuh baju, paling rajin pegi dapur. tapi sekarang rajin aku tu semua dah beralih ke lain. Haa, ni paling sedih. Kalau dulu aku la yang paling rajin bawa mak aku pegi jalan-jalan. Tapi sekarang mak aku jalan-jalan sorang-sorang je. Tapi takpe. Aku seronok dengan aku yang sekarang. Semoga pengorbanan aku Allah redha dan dapat sikit saham kepada sesiapa yang rasa dirinya terkorban disebabkan aku. Amek pahala aku pun takpe.

Inilah kehidupan yang sebenar. Dunia yang dikendong tak tercicir. Akhirat yang dikejar pasti akan dapat InsyaAllah. Bila kita tengok dunia ni pada dimensi akhirat. Sangat kecilnya dunia. Luasnya akhirat yang mesti kita kejar.

Jom kita latih diri kita untuk jadi sebaik-baik korban. berkorban untuk islam, berkorban dengan manusia semata-mata untuk dapat islam. Latih diri untuk jadi susah, latih diri untuk jadi kental dan latih diri untuk tidak bersenang lenang.

Aku teringat kisah sedih bapa aku macam mane dia besarkan anak-anaknya. pengorbanan yang sangat besar sekali aku nampak waktu diakhir usianya. Waktu tu umur aku 13 tahun. Aku boleh sifatkan sebagai tahun kesedihan macam Rasulallah saw yang ada jugak tahun dukacita.

Kesempitan wang memang sangat terase. Terpaksa bayar yuran sekolah aku RM340/month, abg yang berada last year UTM, seorang kakak last year Al-Azhar dan seorang kagi dalam persiapan nak ke Jepun. Ditambah pula dengan motor hilang, mesin basuhb rosak dan macam-macam. Tapi raut wajahnya rilex je dan tak pernah kata tak ade duet setiap kali sape-sape minta. Rupanya itulah tahun terakhir dia berkorban untuk anak-anaknya dan mak aku. dua tiga hari sebelum tamat hayatnya, dia terpaksa balik kerja menolak motor sebab dalam poket dah tak ada sen langsung. Tak pernah sikit pun rasa hidup senang. Semoga aku boleh mencontohinya.

Nak jadi suami yang betul-betul bertanggungjawab sebagai suami perlu dibantu oleh isteri yang betul-betul bertanggungjawab sebagai isteri. Semoga aku dikurniakan seorang Personal Manager yang solehah. InsyaAllah..
siru ala barakatillah

1 comment:

  1. insyaALLAH . AMIN..personel manager bakal menanti tidak lama lagi.. bersabarlah seketika, bumi mana tidak diminta hujan . begitulah hidup . daku doakan sahabat-sahabat terus thabat dalam perjuangan, thabat dalam kehidupan yang fana ini. dan terrus thabat dalam menegakkan panji Islam..

    ReplyDelete