Monday, 5 December 2011

Serabut Itu Tarbiyah

Assalamualaikum wbt

'Ala kulli hal..

Mulakan penulisan kali ni dengan satu kisah yang bakal meragut hati pembaca untuk menitiskan air mata. Kisah ni berlaku pada seorang hamba Allah dikala otaknya sedang serabut. Pada suatu senja, hamba Allah ini berhasrat untuk pergi solat maghrib berjemaah di masjid. kesibukan yang melampau menyebabkan hamba Allah ini bersiap dalam keadaan yang kelang kabut sehinggakan terlupa untuk memakai deadoren. Kekelangkabutan jejaka ini ditambah pula dengan pencarian kunci motor yang sepatutnya berada diatas meja. Akhirnya kunci tersebut dapat ditemui di dalam peti ais. Ntah macam mana kunci motor boleh berada di dalam peti ais. Mungkin pada kunci tersebut terdapat sekali kunci peti ais. Azan di masjid sudah berlalu hampir 6 minit, kopiah pula hilang. Puas mencari. Di almari, atas meja, dalam beg sandang termasuk juga dalam peti ais masih tidak jumpa menyebabkan jejaka itu terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke masjid. Selesai hampir 15 minit misi pencarian kopiah, akhirnya terjumpa. Jumpa di atas kepala. Rupanya sudah lama kopiah itu berada di atas kepala. Itulah kisah lelaki serabut.

Apa yang boleh disimpulkan dari kisah ini adalah serabut itu mampu untuk memporak perandakan hidup manusia. Serabut juga mampu menyebabkan sesuatu perkara itu terbatal akibat darinya. Serabut juga mampu untuk menyebabkan seseorang itu explore lebih dari yang biasa (explore dalam peti ais). Serabut juga mampu untuk menjadikan seseorang itu lebih fokus dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Dan yang paling penting adalah serabut itu mampu untuk mentarbiyah diri. Jom kita jadi si serabut.


Kisah serabut aku banyak diterjemahkan pada handphone. Handphone  yang merupakan nyawa kedua bagi aku. Kadang kala, nyawa kedua ku itu tidak bersama kerana aku seorang yang serabut yang sedang mentarbiyah diri.

Kes 1
Gambarajah di bawah menunjukkan Handphone yang terlibat dalam kes 1. Puas aku mencari kau di mana. Kejadian ketika sedang menyidai kain di ampaian bersebelahan dengan kereta kawan. Selesai menyidai, aku mencari rupanya terselit di celah bonet kereta kawan dan aku terjumpa selepas kawan aku pulang dari pekan naik kerata tersebut. nasib baik ada lagi.


Kes 2
Gambarajah di bawah menunjukkan Handphone yang terlibat dalam kes 2. Puas aku mencari kau di mana. Kejadian berlaku ketika pulang ke Batu pahat dari program di KUISM, gombak. Sampai di Ayer Keroh baru perasan dimanakah handphone aku. Try call, tak angkat tapi ada bunyi yang menunjukkan ianya bukan di tangan pencuri. Cuba dan cuba akhirnya diangkat dan kedengaran suara perempuan. Sangat terkejut dan macam kenal je suara ni. "Ustazah Nuridah(mantan ketua muslimat pas pusat) ni. Nanti datang KL boleh ambil handphone ye"


Kes 3
Gambarajah di bawah menunjukkan Handphone yang terlibat dalam kes 3. Puas aku mencari kau di mana. Kejadian berlaku selepas solat isyak di masjid. Puas cari di mana letaknya. Aku yakin tidak tertinggal di masjid sebab ada dapat call masa solat sunat ba'diah. Semalaman mencari sehingga tertidur keletihan menyebabkan pada malam tu tak ada kerja yang jalan walaupun kerja menimpa-nimpa. Esok pagi selepas selesai solat subuh dimasjid, bersembang dengan imam masjid dan dia kata ada terjumpa handphone. Rupa-rupanya kepunyaan jejaka serabut.


Serabut yang dikatakan tarbiyah itu adalah serabut yang mendidik jiwa. Serabut yang dikatakan tarbiyah itu juga adalah serabut yang sentiasa diperbaiki. Serabut mampu menyebabkan seseorang itu lebih fokus apabila melakukan sesuatu kerja. Serabut juga merupakan proses tarbiyah dimana proses yang mampu menganjakkan seseorang untuk berubah ke kondisi yang lebih baik. Namun, serabut juga mampu mengahcurkan diri sekiranya sudut pandang ke atas serabut itu dianggap sangat negatif. Tapi sejauh mana anda melihat serabut itu mampu mentarbiyah diri.

Amalan untuk Sang Serabut
1. Banyak zikirullah.
2. Jumpa doa ni kat internet
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad


Semoga serabut mampu untuk mentarbiyah Sang Serabut



No comments:

Post a Comment