Monday, 24 October 2011

Bebas Merpati Putih

Assalamualaikum wbt..

Aku mulakan contengan aku untuk entri pertama ni dengan
NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.

Fuhh!!!.. Akhirnya, teregister jugak hasrat aku untuk wujudkan blog setelah banyak bengkel penulisan yang tak sengaja untuk datang telah aku datang. Jadi dari situ datanglah minat nak menulis. Sebenarnya minat tu dah lame dah ada cuma semangat untuk hasilkannya tu tak ada. Jadi aku bersyukur kepada Allah swt yang takdirkan aku dengan benda-benda yang ada banyak kaitan dengan bidang penulisan. Banyak sangat kebetulan yang Allah takdirkan untuk aku.

Untuk entri yang pertama ni tak de benda yang nak dikongsikan. Cuma nak panas badan je dan nak testing keyboard. Selain ucapan syukur kepada Allah, aku nak ucapkan juga terima kasih kat orang-orang (ramai) yang selalu mendesak aku untuk hasilkan blog. Semoga benda baik yang aku sampai kat dalam blog ni, orang-orang tu pun dapat pahala.

Antara syarat-syarat yang aku wajib ikut untuk contengan dalam blog ni adalah :-
1- Menjunjung Al-quran dan As-sunnah sebagai sumber utama
2- Sumber-sumber yang dirujuk jugak mesti daripada orang-orang yang boleh pakai
3- Update paling keji pun dua minggu sekali.
4- Waktu update adalah atas jam 12.00 tgh malam
4- Jangan puji diri sendiri dan nak bangga-bangga diri. kalau nak jugak kena cakap "dengan izin".
5- Jangan kutuk orang terutamanya saudara najib. Kalau terlepas, dimaafkan.
6- Syarat-syarat di atas akan sentiasa diupdate mengikut kesesuain suasana semasa.

Kalau sebelum ni, aku ade juga sikit-sikit menulis. Tapi penulisan tu menyebabkan aku tak bebas untuk menulis sebab mewakili suara ramai. Untuk blog ni aku bebas nak berpersepsi selagi tak melanggar syarat-syarat kat atas..kah kah kah (dah mcm Hisamudin Rais la plak). Apapun, sampaikanlah walau sepotong ayat..

1 comment: