Assalamualaikum wbt..
Dah nak tido tetibe teringat plak dekat pakcik yang unik ni. Aku jumpe pak cik ni dekat pasar ahad stadium shah alam. Tapi gambar ni aku amek dah petang-petang sikit dekat perkarangan stadium melawati. Dia masih leka dengan kerja dia tanpa hiraukan apa orang lain cakap.
Agak-agak apa la kerja pakcik ni sampai dia mengaku sebagai profesor fizik lebih hebat dari enstain. Kalau tengok sekali imbas, memang rasa dah tak nak tengok untuk kali kedua. Tapi sapa-sapa yang hati nurani dia nak toleh dan tengok apa pakcik ni buat memang dia bertuah.
Apa yang sebenarnya pakcik ni buat adalah ajar matematik mudah untuk anak-anak sekolah. Kaedah mudah untuk kira matematik. Terpegun tengok apa yang cuba pakcik ni ajar. Tapi aku terpegun lagi tengok usaha pakcik ni. Kalau tengok dia ajar bukan main semangat lagi.
Kita tak tahu pun apa background pakcik ni. Apa yang menyebabkan pakcik ni betul-betul gigih untuk cari rezeki dengan cara yang orang tak pernah pun buat. Mungkin anaknya yang ramai dia sanggup buat begini. Mungkin juga rasa tanggungjawab keatas anak bangsa. Beribu-ribu kemungkinan yang terlintas. Namun, hanya pakcik ni sahaja yang tahu kenapa.
Aku teringat kegigihan bapa aku nak bagi duet belanja kat 5 orang anaknya. Aku jugak nampak rasa tanggungjawab bapa aku terhadap anakbangsanya. Yang ni aku cerita kemudian. Nak cakap kat sini, bila kita ada rasa tanggungjawab, kita akan buat apa sahaja untuk kita langsaikan tanggungjawab tersebut. Setiap kita adalah pemimpin dan setiap apa yang kita pimpin dan setiap apa yang kita pertanggungjawabkan pasti akan disoal kelak..
Nak tidur..rasa macam dah lama tak tidur..:)

mcm mna nk dapatkan contact num pak cik ni ye?
ReplyDelete